Pengenalan Kem Benteng Negara

KEM BENTENG NEGARA

Kem ini adalah terbuka kepada semua individu yang berminat untuk melakukan aktiviti riadah yang tidak memenatkan tetapi menyihatkan. Segala aktiviti yang disediakan di sini juga sangat sesuai bagi mereka yang ingin bersantai  bersama keluarga dan rakan- rakan atau mengadakan perkhemahan, hari keluarga dan sebagainya.  


Antara aktiviti yang disediakan di sini ialah:

Berkayak 
Memancing
Berbasikal mengelilingi sawah padi
Bermain layang- layang
Bermain bola tampar
Melihat galaksi pada waktu malam menerusi teleskop



Kawasan tapak kem yang luas juga sesuai untuk mengadakan sukaneka




Menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Jom datang ke KEM BENTENG NEGARA, SUNGAI RAMBAI, MELAKA beramai- ramai.





Perkhemahan Murid Sekolah Kebangsaan Selandar

Pada Julai yang lepas , sejumlah murid tahun 4 , 5 dan 6 telah menjalankan aktiviti perkhemahan di Kem Benteng Negara. Banyak aktiviti yang guru mereka aturkan supaya mereka lebih terdedah dengan dunia luar. Pengetahuan luar bilik darjah juga banyak diperoleh daripada perkhemahan tersebut.




Untuk lebih gambar, sila KLIK

Bina Insan Guru IPGKBM

Pada Julai yang lepas , sekali lagi Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah mengadakan program penting iaitu Bina Insan Guru. Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam di Kem Benteng Negara. Aktiviti yang dilakukan kebanyakkan sama seperti kebiasaan di mana ianya akan menguatkan jati diri peserta sendiri.




Untuk lebih gambar, sila KLIK

Bina Insan Guru IPGKPT

Pada 7-9 Mei , seramai 106 orang pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik(IPGKPT) telah mengadakan program Bina Insan Guru(BIG) di kem kami.Pelbagai aktiviti yang dijalankan di mana setiap aktiviti tersebut bertujuan memantapkan jati diri dalam diri setiap individu yang bakal bergelar pendidik ini.Antara aktiviti yang dilakukan ialah :
1 . Berkayak
2 . Kembara
3 . Ikhtiar hidup
4 . Berbasikal
5 . 'River crossing'
6 . Memasak
7 . Malam kebudayaan
8 . Mandi manda di tali air (aktiviti istimewa :D )









Untuk lebih gambar , sila KLIK

Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Tembakau

Pada 27-28 Mei 2013 , sebuah sekolah rendah telah mengadakan perkhemahan unit beruniform di kem kami.Pelbagai aktiviti yang dilakukan , antaranya ialah ;
1. Kembara rimba
2.Berbasikal
3.Berkayak
4.Berakit
5.Memancing
6.Riadah petang

Untuk lihat gambar , sila KLIK



Program Mini Belantara II (PPKI SMK Sungai Rambai)
Pada 23-25 April 2013 , seramai 27 orang murid Pendidikan Khas SMK Sungai Rambai telah menjalankan program Mini Belantara II di kem kami.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.








Untuk lebih gambar , sila lawati Facebook kami.

Bina Insan Guru IPGKBM (Siri 3)

Pada 18-21 Mac , seramai 44 orang pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu(IPGKBM) telah mengadakan program Bina Insan Guru(BIG) di kem kami.Pelbagai aktiviti yang dijalankan di mana setiap aktiviti tersebut bertujuan memantapkan jati diri dalam diri setiap individu yang bakal bergelar pendidik ini.Antara aktiviti yang dilakukan ialah :
1 . Berkayak
2 . Kembara
3 . Ikhtiar hidup
4 . Berbasikal
5 . 'River crossing'
6 . Memasak
7 . Motivasi dan LDK










Blog Tidak Aktif

Kami ingin memberitahu bahawa blog kami BLOG1 & BLOG2 tidak lagi aktif kerana masalah teknikal dan tiada sebarang kemaskini yang terbaru di blog tersebut.
Kami hanya menggunakan blog ini sahaja sebagai medium penyampaian maklumat berkaitan KEM BENTENG NEGARA.Harap maklum.Terima kasih.

Bina Insan Guru IPGKBM (Siri 2)

Pada 12-15 Mac , seramai 59 orang pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu(IPGKBM) telah mengadakan program Bina Insan Guru(BIG) di kem kami.Pelbagai aktiviti yang dijalankan di mana setiap aktiviti tersebut bertujuan memantapkan jati diri dalam diri setiap individu yang bakal bergelar pendidik ini.
Antara aktiviti yang dilakukan ialah :
1 . Berkayak
2 . Kembara
3 . Ikhtiar hidup
4 . Berbasikal
5 . 'River crossing'
6 . Memasak
7 . Motivasi dan LDP







Untuk lebih gambar , sila KLIK


Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi kami di talian : 
013-6222361(Karim)
017-6797725(Fauzan)
atau di  Facebook kami.

Surau Terbuka

Surau terbuka ini masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan Mac 2013 ini.
Dengan adanya surau ini , para peserta program akan lebih selesa untuk menunaikan solat atau mengadakan slot ceramah.

PROJEK 2013

   PEMBINAAN SURAU TERBUKA

Mengikut perancangan pengurus kem kami , sebuah surau akan didirikan di tapak kem tersebut.
Surau ini akan lebih memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengunjung untuk mendirikan solat.

Penentuan arah kiblat





TERNAKAN IKAN

Pengurus kem kami telah menyediakan satu tapak di tebing tasik untuk kerja-kerja ternakan ikan.
Projek ini telah bermula awal Februari ini dan dijangka siap pertengahan Mac.




Hanya menunggu benih untuk memulakan penternakan ikan



Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi kami di talian : 
013-6222361(Karim)
017-6797725(Fauzan)
atau di  Facebook kami.

Proses Membuat Rakit

Selain daripada kayak, kem kami juga menyediakan rakit untuk membolehkan para pengunjung merasai pengalaman menaiki rakit yang diperbuat daripada buluh. Sebuah rakit boleh memuatkan kira-kira 3  hingga 5 orang dewasa. 




Beberapa orang pekerja tekun menyiapkan rakit.

Rakit yang telah siap dan sedia untuk dikemudi.

Mengelilingi tasik dengan menaiki rakit semestinya pengalaman yang sangat indah.



Anda teringin merasai pengalaman menaiki rakit? Tunggu apa lagi!!!


Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi kami di talian : 
013-6222361(Karim)
017-6797725(Fauzan)
atau di  Facebook kami.